Powered By Blogger

Wednesday, 3 July 2013

Lembu Tenusu




LEMBU TENUSU
   *   Friesian dan Jersey  - gagal
   *   Sahiwal-Friesian - diimpot.
   *   MAFRIWAL  - produksi  susu optimum.

Tanda-Tanda Lembu Berahi
 
*      Lembu gelisah dan merayau-rayau
*      Kemaluannya membengkak
*      Lendir yang jernih keluar bertali-tali dari kemaluannya
*      Memanjat lembu lain, dan rela dirinya dipanjat oleh lembu lain. 
*      Kurang selera makan dan pengeluaran susu akan kurang
*      Didapati lendir melekat di ekor dan punggungnya
*      Minat mencari lembu jantan.

Tanda-tanda kambing berahi 
*      tidak tenang (gelisah) 
*      mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang.
*      mengembek terus menerus 
*      sering kencing
*      kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan
Tanda-tanda lembu Bunting
 
*      Tidak datang berahi (estrus).
*      Perut membesar 
*      Ambing susu membesar
Tanda-tanda lembu Akhir Bunting
*      Ambing, punting susu semakin besar & kolustrum mula terhasil
*      Vulva bengkak & 2 bibir vulva merenggang
*      Pangkal ekor terangkat

Pengurusan  Anak  Lembu
A.   KETIKA LAHIR
*      beri  Kolostrum
*      Asingkan  selepas dapat kolostrum
*      Rawat tali pusat dan beri pengenalan
*      Timbang dan rekod kelahiran
*      Pindah ke petak kandang sehingga cerai susu
*      beri kolostrum sehingga 2-5 hari

B.   BERCERAI  INDUK  - 2 TAHUN
*      beri 1.5 – 2.0 liter kolostrum 4 jam pertama
*      beri 'oil adjuvant' Salmonella vaksin pada umur 1 – 2 bulan
*      3 bulan cerai susu
*      Beri Hemorrhagic Septicaemia pada umur 4-6 bulan 
*      Asingkan mengikut jantina pada umur 6 bulan.
 

4 cara pengurusan pembiakan lembu daging 
  1. Cara meragut lepas bebas
  2. Cara berkurung atau fidlot
  3. Cara separa intensif
  4. Cara integrasi

Tuesday, 2 July 2013

Penanaman Halia


Pengenalan
Halia atau nama botaninya Zingirber officinale adalah tanaman yang dikatakan berasal daripada Negara China. Selain itu, halia juga dikenali sebagai ginger dalam (Bahasa inggeris), jahe, alia, jae, sipadeh dan lia (Bahasa Indonesia). Manakala dalam bahasa Thailand ialah kinkh atau kinkh-daen. Halia adalah tanaman yang mempunyai batang tidak berkayu, tumbuh menegak, berumpun dan rizom yang tumbuh mendatar di dalam tanah bersaiz besar. Manakala, isi halia berwarna kuning, kulit berwarna coklat muda dan tunas baru pula adalah berwarna kemerahan.
Seterusnya, daun halia berbentuk bujur dengan hujung menirus dan berwarna hijau tua. Selain itu, tepinya licin dan tangkai daun keluar daripada rizom. Kemudian , bunganya adalah majmuk dan sederhana besar. Manakala, warnanya ialah putih kekuningan. Tambahan pula, jambak bunga jantan dan betina keluar daripada celah daun. Halia boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
       I.            Halia Bentong
·         Mempunyai isi yang besar dan berisi bendalir.
    II.            Halia Taiwan
·         Mempunyai jari-jari rizom yang besar dan penuh berisi dan mempunyai lendir. Selain itu, mempunyai rasa sederhana pedas.
 III.            Halia Indonesia
·         Mempunyai rizom yang panjang dan berwarna kuning muda.



Antara khasiat atau kegunaan halia ialah rizom halia mengandungi air, serat, karbohidrat, kalium, fosforus, tenaga, protein, niasin, asid amino dan sebagainya. Seterusnaya, halia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, reumatisme, mati pucuk dan sebagainaya. Manakala, kegunaan halia ialah sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk halia segar, halia kering dan bergula. Selain itu, halia juga diproses menjadi serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa dalam makanan seperti sos dan bakeri. Manakala, dalam bidang perubatan ialah halia dapat membunuh sel barah. Seterusnya, halia juga bersifat karminatif, stimulan dan pembunuh kuman, sekiranya diambil sebagai ubat.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN
            Tanaman halia sesuai pada pelbagai jenis tanah termasuk tanah gambut yang mempunyai saliran yang baik dan peroi. Ini adalah disebabkan, untuk mengelakkan penyekatan pertumbuhan rizom. Seterusnya, tanaman halia akan hidup subur pada keadaan tanah yang sedikit berasid iaitu pH 5.5 hingga pH 6.5. Namun, ia juga boleh ditanam pada tanah yang mempunyai  pH 3.8 dan  bertanah gambut. Manakala, tanaman halia memerlukan taburan hujan 200 – 260 cm setahun.

Kaedah Penanaman
            Bahan tanaman halia boleh didapati  melalui keratan rizom yang tua iaitu berumur lebih daripada Sembilan bulan. Seterusnya, cara penyediaan bahan tanaman ialah keratan rizom yang baru diambil daripada ladang mestilah dipilih terlebih dahulu dan hanya rizom yang baik akan diambil. Setelah itu, keratan tadi disimpan ditempat yang teduh dan berangin selama dua atau tiga minggu untuk percambahan tunas. Kemudian, rizom dikerat 5 cm panjang dan mempunyai dua mata tunas. Selain itu, rizom juga perlu direndam selama lima minit dengan Bordeaux (4:5:50) dan dikeringkan semalaman sebelum ditanam diladang. Tujuan merendam rizom tersebut ialah untuk mengurangkan penyakit layu.
Sebelum menanam, penyediaan tanah perlu dilakukan terlebih dahulu seperti tanah haruslah digembur dan dibajak. Manakala, saiz batas yang diperlukan ialah 30cm tinggi dan 61cm antara batas. Sistem penanaman halia yang selalu diamalkan ialah sistem barisan. Seterusnya, jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman halia ialah 60cm dalam barisan. Jarak penanaman ini adalah untuk menggalakkan pembesaran rizom yang lebih subur dan meningkatkan pengeluaran hasil.
Cara penyediaan lubang tanaman ialah lubang tanaman digali sedalam 15 cm dan rizom diletakkan kedalam lubang dengan mata tunas yang menghala ke atas. Seterusnya, kambus dan padatkan tanah.
Pembajaan Tanaman
            Baja adalah bahan semula jadi atau dikilang yang mengandungi satu atau lebih unsur pemakanan tumbuhan. Ini adalah bagi memenuhi pemakanan tanaman. Selain itu, pembajaan ialah pemberian unsur pemakanan kepada tumbuhan dengan cukup mengikut kadar , masa dan cara yang disyorkan bagi tumbesaran dan pengeluaran hasil tanaman.
Dengan itu, tanaman halia juga memerlukan pembajaan yang secukupnya mengikut kadar yang telah ditetapkan. Apabila tanaman halia ditanam di kawasan tanah gambut, ia haruslah menggunakan baja campuran yang mengandungi 73 kg N, 44 kg PO  dan 236 kg KO sehektar. Manakala, bagi tanah yang  bukan organan, baja yang disyorkan ialah baja campuran yang mengandungi nilai 55 kg N, 67 kg PO dan 112 kg KO sehektar.
            Seterusnya, baja ditaburkan secara selerak seminggu sebelum menanam dan dua bulan selepas menanam di tabur dikeliling perdu.
Penyelengaraaan Tanaman
            Tanaman halia juga memerlukan penjagaan yang rapi bagi mengelakkan sesuatu masalah daripada berlaku seperti masalah serangan perosak dan penyakit. Bagi tanaman halia, naungan diperlukan bagi pucuk-pucuk yang baru muncul dalam masa 2 hingga 4 minggu selepas menanam. Penggunaan naungan ini adalah untuk menggelakkan daripada benih yang baru dipindahkan ke ladang menerima kejutan cuaca yang panas terik. Oleh itu, naungan diperlukan bagi awal musim menanam agar akar tanaman halia dapat membiasakan dengan keadaan yang baru.
            Seterusnya, kawasan tanaman halia juga haruslah dijaga daripada rumpai yang boleh membawa pelbagai masalah kepada tanaman, seperti menjadi perumah kepada perosak dan penyakit serta menjadi pesaing kepada tanaman dalam pengambilan nutrien. Oleh itu, kerja merumput haruslah dilakukan sekurang-kurangnya 1 hingga 3 pusingan merumput dilakukan semasa membaiki batas tanaman.
             Kemudian, cara penyelengaran bagi serangan penyakit untuk tanaman halia adalah mengikut jenis penyakit yang menyerang. Antara penyakit tanaman halia ialah layu bakteria  ( Ralstonia soslanacearum ). Simptom bagi serangan penyakit ini ialah daun kering dan perang keemasan serta layu. Kemudian, batang dan rizom menjadi lembik dan busuk. Bagi mengelakkan daripada berlakunya penyakit ini ialah gunakan bahan tanaman yang bebas daripada penyakit ini dan musnakan pokok yang berpenyakit. Selain itu, elakkan menanam halia dikawasan yang sama dan pastikan kawasan tanaman mempunyai saliran yang baik.
           

Penyakit tanaman halia seterusnya ialah Reput akar ( Phytophtora spp ). Tanda serangan penyakit ini ialah bahagian yang diserang berair dan cepat reput. Manakala, cara pencegahan daripada serangan penyakit ini ialah dengan mengilirkan penanaman. Kemudian, penyakit lain ialah bintik daun dan cara pengawalannya dengan menyembur racun kulat Benomyl. Seterusnya, tanaman halia juga mempunyai risiko daripada serangan serangga perosak iaitu ulat penggorek ( Udasspes folus ). Cara untuk mengatasi masalah ini ialah menyembur racun pemethrin atau methamidopos.
Penuaian Hasil Tanaman
            Halia boleh dituai sebagai halia muda dan tua. Bagi halia muda, ia boleh dituai pada umur 4 hingga 5 bulan selepas menanam. Manakala, halia tua boleh dituai pada umur 8 hingga 9 bulan selepas menanam iaitu ketika batang daun mula menjadi kuning. Jika penuaian lewat dilakukan, maka ia akan meninggikan kandungan serabut. Selepas penuaian, elakkan hasil terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama kerana ia akan menyebabkan kehilangan air berlaku dan mutunya juga akan merosot. Kemudian, hasil penuaian halia tua ialah diantara 12 hingga 18 tan/hektar dan halia muda adalah diantara 9 tan/hektar.






























        i.             

Penanaman Rumput atau Kekacang







PENANAMAN RUMPUT DAN KEKACANG
KENAPA RUMPUT PERLU DITANAM ?
  1. Penternak tradisional jarang menanam rumput.
  2. Rumput semulajadi tidak menjamin bekalan yang cukup dan kualiti yang tinggi
  3. Bagi memenuhi keperluan penternak komersil, maka penanaman rumput sangat perlu.
Kenapa Menanam Semula
         Hasil merosot atau pun berkurangan
         Umur pastura terlalu tua.  Kebiasannya apabila umur di antara 5 – 7 tahun pengeluaran tillers adalah berkurangan.
         Pertumbuhan rumpai melebihi 50% dalam satu kawasan 
RUMPUT DIANGGAP TANAMAN
  1. Rumput perlu dianggap sebagai tanaman
  2. Penjagaan yang baik perlu untuk hasil yang tinggi
  3. Sejumlah modal perlu dilabur bagi mendapatkan rumput yang berkualiti
BAHAN TANAMAN
         Biji benih
         Bahagian tampang
         Keratan batang
         Belahan rumpun
         Stolon
         rizom
Kerja Penanaman Semula Berikut Perlu Dilakukan
  1. Penyediaan tanah
  2. Menanam


TUJUAN PENYEDIAAN TANAH
         Menyediakan keadaan tanah untuk pertumbuhan yang sesuai bagi rumput:
         Memotong dan membalikkan tanah
         Memecah dan membunuh rumpai
         Memecah tanah kepada struktur yang lebih kecil
KAEDAH PENYEDIAAN TANAH
         Bajak piring (plough)
         Bajak sikat (Harrow)
         Bajak piring kedua (Cross plough)
         Bajak sikat kedua (Cross Harrow)
         Bajak putar (Rotovate)
         Selang 2 minggu bagi setiap proses
FAKTOR KELEMBAPAN TANAH
  1. Percambahan dan pertumbuhan awal memerlukan keadaan kelembapan yang sesuai
  2. Keadaan sesuai pada tahap dibawah “Field Capacity”
  3. FIELD CAPACITY - Tanah tepu air dialir keluar 24 - 72 jam

PETUNJUK YANG SESUAI
  1. Tanah tidak melekat kepada traktor
  2. Tanah mudah dipecahkan
  3. Kelembapan jelas bila tanah dipecahkan
  4. Tanah dikepal tidak menunjukan tahap basah yang tinggi




PENANAMAN
  1. Masa menanam: awal musim hujan
  2. Benih mesti ada dan cukup
  3. Pengapuran jika pH tindak sesuai (5.5 - 7.0)
  4. Baja asas NPK (60:30:30 kg/ha)

KAEDAH MENANAM
BIJI BENIH
         Sod seed drill
         Spinner broadcaster
         Chisel seeder
SOD SEED DRILL
         Baja dan benih didalam bekas yang berasingan
         benih dan baja keluar melalui saloran yang berasingan
SOD SEED DRILL
         Baja dan benih kadang-kadang tersumbat kerana:
         Baja berketul
         Kerosakan gear
         Saiz biji benih yang besar
SOD SEED DRILL
         Kebaikan Sod seed drill:
         Kadar  penggunaan biji benih dapat dikawal
         Kerja yang cepat
         Masaalah Sod seed drill:
         Penaburan tidak rata kerana piring tidak menyentuk tanah - lereng bukit


SPINNER BROADCASTER
         Benih dan baja digaul bersama
         Bahan lain (filler) dicampur bersama supaya penaburan rata - Habuk kayu, pasir dll
         Bajak putar 3-4 inci supaya biji benih bercampur dengan tanah
SPINNER BROADCASTER
         Kebaikan Spinner broadcaster:
         Penaburan rata
         Kerja cepat
         Kekurangan:
         Kadar biji benih mungkin lebih
         Biji benih boleh rosak jika campuran dibiarkan terlalu lama
CHISEL SEEDER
         Hampir sama dengan seed drill
         Lorong dibuat dengan chisel
         digunakan bila membuat kerja-kerja penanaman semula (Penyulaman)

PENABURAN TANGAN
         Jika kawasan tidak luas- penaburan dengan tangan lebih ekonomik
KADAR BIJI BENIH
         Kadar penggunaan biji benih bergantung kepada beberapa faktor:
         Mutu biji benih
         Cara penyediaan tanah
         Musim
         Musuh

Ujian biji benih
         Menentukan kadar bijibenih
         Contoh:
»        Jika dikehendaki dalam satu meter persegi 50 pokok rumput guinea akan tumbuh. Berapa banyakah (kg) bijibenih guinea harus ditabur bagi satu haktar jika peratus percambahannya adalah 50% ? (Bilangan biji benih bagi 100 gm ialah 8560 biji)
KADAR BIJI BENIH
Penyelesaian
Purata bilangan Bijibenih/kg                     = 85600 biji
Bil yang perlu tumbuh dalam 1 m = 50
Bil biji (1 m per.) bagi 40%              = 100 x50 / 50  = 100 biji
Bagi satu hektar                               = 100 x 10,000
                                                            = 1,000,000
Jumlah Kg sehektar                                    = 1,000,000 /85600
                                                            = 11.68 kg
                                                                                   
CAMPURAN RUMPUT DAN KEKACANG
         Tujuan campuran rumput/kekacang
         Peningkatan pengambilan protin
         Bekalan N untuk pastura
FAKTOR MEMPENGARUHI
KOMPOSISI KEKACANG DALAM PASTURA

         N yang tinggi menggalak pertumbuhan rumput tetapi merencat kekacang
         Pembajaan P dan K yang tinggi menggalakan pertumbuhan kekacang
         Ragutan yang berlebihan merencat pertumbuhan kekacang

FAKTOR MEMPENGARUHI
KOMPOSISI KEKACANG DALAM PASTURA
         Kekacang tidak tahan dengan tanah berasid
KADAR CAMPURAN PASTURA/KEKACANG
Kadar campuran kekacang tidak melebihi 40%
RAWATAN BIJI BENIH
Tujuan rawatan biji benih:
         Menggalakan percambahan dengan melembuytkan testa yang keras
Cara:
         Pelesan dengan kertas pasir
         Air panas: 80o C dalam 3 - 4 minit
         Asid sulfik: 50-7% Selama   minit
SUNTIKAN RHIZOBIUM
         Rhizobium: - Bakteria pengikat N dalam akar
         Tujuan suntikan: Menggalakn pembintilan akar
         Rhizobium dicampur dengan gum sebagai pelekat dan sedikit kapor bagi memberi pertumbuhan yang sesuai bagi bakteria
PENANAMAN SECARA TAMPANG
         Bahan tanaman:
         Batang
         Stolon
         Batang
         Keratan batang
         Rumput yang matang
         potong 2-4 batang

PENANAMAN SECARA TAMPANG
         Baringan batang
        Lebih cepat dan senang
        Baja campuran (60:30:30 NPK) atau CIRP ditabur didalam lorong
        Batang disusun didalam lorong
        Batang ditimbus sambil dipadatkan
         Stolon
        Bagi rumput yang tidak mempunyai biji benih, stolon juga dapat digunakan
        Brachiaria decumebens, Brachiaria humidicola dsb
PENANAMAN SECARA TAMPANG
         Stolon
        Stolon dipotong dan ditabur dengan tangan atau spreader
        Stolon ditekan kedalam tanah dengan menggunakan disc harrow.
        Kaedah ini boleh dibuat pada musim hujan
         Sod
        Sod ialah kepingan tanah yang mengandungi benih rumput
        Cara ini biasa dibunakan untuk penanaman rumput ditebing bagi mencegah hakisan
        Sod diletakan dengan jarak 30 cm x 30 cm bergantung kepada jenis rumput dan penyediaan tanah
         Baja permulaan
         Campuran baja (NPK, 60:30:30)
         Urea,(46% N) ,TSP (46 P205)
   dan MOP (60% K20)
   Berapa (kg) kah baja Urea, TSP dan MOP mesti digunakan bagi satu haktar ?
PENGURUSAN PERINGKAT AWAL PERTUMBUHAN
         Ragutan awal kadang-kadang digalakan bagi rumput berstolon supaya pijakan ternakan boleh menggalakan pertumbuhan
         Pastura tumbuh berumpun tidak digalakan ragutan awal, sebaliknya dibiarkan berbunga dan biji yang gugur tumbuh semula
PEMOTONGAN / RAGUTAN PERTAMA
         Biasanya ragutan atau pemotongan pertama dibuat setelah rumput pertama dipotong terlebih dahulu
         Ragutan / pemotongan pertama penting bagi menjamin mutu pastura. Pastura tua/ berbunga mutunya akan berkurangan.