Powered By Blogger

Tuesday, 2 July 2013

Penanaman Rumput atau Kekacang







PENANAMAN RUMPUT DAN KEKACANG
KENAPA RUMPUT PERLU DITANAM ?
  1. Penternak tradisional jarang menanam rumput.
  2. Rumput semulajadi tidak menjamin bekalan yang cukup dan kualiti yang tinggi
  3. Bagi memenuhi keperluan penternak komersil, maka penanaman rumput sangat perlu.
Kenapa Menanam Semula
•         Hasil merosot atau pun berkurangan
•         Umur pastura terlalu tua.  Kebiasannya apabila umur di antara 5 – 7 tahun pengeluaran tillers adalah berkurangan.
•         Pertumbuhan rumpai melebihi 50% dalam satu kawasan 
RUMPUT DIANGGAP TANAMAN
  1. Rumput perlu dianggap sebagai tanaman
  2. Penjagaan yang baik perlu untuk hasil yang tinggi
  3. Sejumlah modal perlu dilabur bagi mendapatkan rumput yang berkualiti
BAHAN TANAMAN
•         Biji benih
•         Bahagian tampang
•         Keratan batang
•         Belahan rumpun
•         Stolon
•         rizom
Kerja Penanaman Semula Berikut Perlu Dilakukan
  1. Penyediaan tanah
  2. Menanam


TUJUAN PENYEDIAAN TANAH
•         Menyediakan keadaan tanah untuk pertumbuhan yang sesuai bagi rumput:
•         Memotong dan membalikkan tanah
•         Memecah dan membunuh rumpai
•         Memecah tanah kepada struktur yang lebih kecil
KAEDAH PENYEDIAAN TANAH
•         Bajak piring (plough)
•         Bajak sikat (Harrow)
•         Bajak piring kedua (Cross plough)
•         Bajak sikat kedua (Cross Harrow)
•         Bajak putar (Rotovate)
•         Selang 2 minggu bagi setiap proses
FAKTOR KELEMBAPAN TANAH
  1. Percambahan dan pertumbuhan awal memerlukan keadaan kelembapan yang sesuai
  2. Keadaan sesuai pada tahap dibawah “Field Capacity”
  3. FIELD CAPACITY - Tanah tepu air dialir keluar 24 - 72 jam

PETUNJUK YANG SESUAI
  1. Tanah tidak melekat kepada traktor
  2. Tanah mudah dipecahkan
  3. Kelembapan jelas bila tanah dipecahkan
  4. Tanah dikepal tidak menunjukan tahap basah yang tinggi




PENANAMAN
  1. Masa menanam: awal musim hujan
  2. Benih mesti ada dan cukup
  3. Pengapuran jika pH tindak sesuai (5.5 - 7.0)
  4. Baja asas NPK (60:30:30 kg/ha)

KAEDAH MENANAM
BIJI BENIH
•         Sod seed drill
•         Spinner broadcaster
•         Chisel seeder
SOD SEED DRILL
•         Baja dan benih didalam bekas yang berasingan
•         benih dan baja keluar melalui saloran yang berasingan
SOD SEED DRILL
•         Baja dan benih kadang-kadang tersumbat kerana:
•         Baja berketul
•         Kerosakan gear
•         Saiz biji benih yang besar
SOD SEED DRILL
•         Kebaikan Sod seed drill:
•         Kadar  penggunaan biji benih dapat dikawal
•         Kerja yang cepat
•         Masaalah Sod seed drill:
•         Penaburan tidak rata kerana piring tidak menyentuk tanah - lereng bukit


SPINNER BROADCASTER
•         Benih dan baja digaul bersama
•         Bahan lain (filler) dicampur bersama supaya penaburan rata - Habuk kayu, pasir dll
•         Bajak putar 3-4 inci supaya biji benih bercampur dengan tanah
SPINNER BROADCASTER
•         Kebaikan Spinner broadcaster:
•         Penaburan rata
•         Kerja cepat
•         Kekurangan:
•         Kadar biji benih mungkin lebih
•         Biji benih boleh rosak jika campuran dibiarkan terlalu lama
CHISEL SEEDER
•         Hampir sama dengan seed drill
•         Lorong dibuat dengan chisel
•         digunakan bila membuat kerja-kerja penanaman semula (Penyulaman)

PENABURAN TANGAN
•         Jika kawasan tidak luas- penaburan dengan tangan lebih ekonomik
KADAR BIJI BENIH
•         Kadar penggunaan biji benih bergantung kepada beberapa faktor:
•         Mutu biji benih
•         Cara penyediaan tanah
•         Musim
•         Musuh

Ujian biji benih
•         Menentukan kadar bijibenih
•         Contoh:
»        Jika dikehendaki dalam satu meter persegi 50 pokok rumput guinea akan tumbuh. Berapa banyakah (kg) bijibenih guinea harus ditabur bagi satu haktar jika peratus percambahannya adalah 50% ? (Bilangan biji benih bagi 100 gm ialah 8560 biji)
KADAR BIJI BENIH
Penyelesaian
Purata bilangan Bijibenih/kg                     = 85600 biji
Bil yang perlu tumbuh dalam 1 m = 50
Bil biji (1 m per.) bagi 40%              = 100 x50 / 50  = 100 biji
Bagi satu hektar                               = 100 x 10,000
                                                            = 1,000,000
Jumlah Kg sehektar                                    = 1,000,000 /85600
                                                            = 11.68 kg
                                                                                   
CAMPURAN RUMPUT DAN KEKACANG
•         Tujuan campuran rumput/kekacang
•         Peningkatan pengambilan protin
•         Bekalan N untuk pastura
FAKTOR MEMPENGARUHI
KOMPOSISI KEKACANG DALAM PASTURA

•         N yang tinggi menggalak pertumbuhan rumput tetapi merencat kekacang
•         Pembajaan P dan K yang tinggi menggalakan pertumbuhan kekacang
•         Ragutan yang berlebihan merencat pertumbuhan kekacang

FAKTOR MEMPENGARUHI
KOMPOSISI KEKACANG DALAM PASTURA
•         Kekacang tidak tahan dengan tanah berasid
KADAR CAMPURAN PASTURA/KEKACANG
Kadar campuran kekacang tidak melebihi 40%
RAWATAN BIJI BENIH
Tujuan rawatan biji benih:
•         Menggalakan percambahan dengan melembuytkan testa yang keras
Cara:
•         Pelesan dengan kertas pasir
•         Air panas: 80o C dalam 3 - 4 minit
•         Asid sulfik: 50-7% Selama   minit
SUNTIKAN RHIZOBIUM
•         Rhizobium: - Bakteria pengikat N dalam akar
•         Tujuan suntikan: Menggalakn pembintilan akar
•         Rhizobium dicampur dengan gum sebagai pelekat dan sedikit kapor bagi memberi pertumbuhan yang sesuai bagi bakteria
PENANAMAN SECARA TAMPANG
•         Bahan tanaman:
•         Batang
•         Stolon
•         Batang
•         Keratan batang
•         Rumput yang matang
•         potong 2-4 batang

PENANAMAN SECARA TAMPANG
•         Baringan batang
–        Lebih cepat dan senang
–        Baja campuran (60:30:30 NPK) atau CIRP ditabur didalam lorong
–        Batang disusun didalam lorong
–        Batang ditimbus sambil dipadatkan
•         Stolon
–        Bagi rumput yang tidak mempunyai biji benih, stolon juga dapat digunakan
–        Brachiaria decumebens, Brachiaria humidicola dsb
PENANAMAN SECARA TAMPANG
•         Stolon
–        Stolon dipotong dan ditabur dengan tangan atau spreader
–        Stolon ditekan kedalam tanah dengan menggunakan disc harrow.
–        Kaedah ini boleh dibuat pada musim hujan
•         Sod
–        Sod ialah kepingan tanah yang mengandungi benih rumput
–        Cara ini biasa dibunakan untuk penanaman rumput ditebing bagi mencegah hakisan
–        Sod diletakan dengan jarak 30 cm x 30 cm bergantung kepada jenis rumput dan penyediaan tanah
•         Baja permulaan
•         Campuran baja (NPK, 60:30:30)
•         Urea,(46% N) ,TSP (46 P205)
   dan MOP (60% K20)
   Berapa (kg) kah baja Urea, TSP dan MOP mesti digunakan bagi satu haktar ?
PENGURUSAN PERINGKAT AWAL PERTUMBUHAN
•         Ragutan awal kadang-kadang digalakan bagi rumput berstolon supaya pijakan ternakan boleh menggalakan pertumbuhan
•         Pastura tumbuh berumpun tidak digalakan ragutan awal, sebaliknya dibiarkan berbunga dan biji yang gugur tumbuh semula
PEMOTONGAN / RAGUTAN PERTAMA
•         Biasanya ragutan atau pemotongan pertama dibuat setelah rumput pertama dipotong terlebih dahulu
•         Ragutan / pemotongan pertama penting bagi menjamin mutu pastura. Pastura tua/ berbunga mutunya akan berkurangan.

No comments:

Post a Comment